r   Sekretariat 25 Tahun INSTUN, Institut Tanah dan Ukur Negara, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA  |   t.png   25tahun@instun.gov.my  |  re +605 – 455 2825  


17 JULAI 2023 | MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS INSTUN DAN BALAI CERAP TAN SRI HARUSSANI SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK BILANGAN 1 TAHUN 2023

Mesyuarat ini telah diadakan bagi memastikan kelancaran dalam memastikan setiap agensi yang dijemput dapat membantu INSTUN menjayakan Majlis Perasmian Kompleks INSTUN dan Balai Cerap Tan Sri Harussani sempena sambutan Jubli Perak Bilangan 1 Tahun 2023 pada 21 September 2023 kelak yang akan dirasmikan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang telah mempengerusikan mesyuarat ini bersama-sama Tuan Mohamad Fitri bin Hassan, Pegawai Daerah Muallim selaku Pengerusi Bersama. Mesyuarat telah bermula jam 10.30 pagi melibatkan kehadiran Orang Besar Jajahan Muallim, wakil dari NRECC, Ketua Protokol dan Istiadat SUK Perak, Jabatan dan agensi sekitar Muallim, Pancaragam TLDM serta pegawai-pegawai INSTUN yang berkaitan.

Agenda mesyuarat diteruskan dengan sesi lawatan tapak di Balai Cerap Tan Sri Harussani untuk melihat dan meneliti keperluan khusus dan umum yang perlu diselaraskan oleh semua agensi bagi melancarkan penganjuran majlis akan datang.

INSTUN mengucapkan ribuan penghargaan di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua ahli mesyuarat yang terlibat.