r   Sekretariat 25 Tahun INSTUN, Institut Tanah dan Ukur Negara, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA  |   t.png   25tahun@instun.gov.my  |  re +605 – 455 2825  


HOME1.png
Web-Banner-1200x300-px-Jubli-Perak-INSTUN-2nd-rev.jpeg
HOME2.png
HOME3.png
HOME4.png
web banner-test-2.png
previous arrow
next arrow
Shadow
SAMBUTAN JUBLI PERAK SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN
INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN) KE-25

sejarah

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) ditubuhkan pada 1 Mei 1998, berikutan arahan daripada Jemaah Menteri pada 9 Julai 1997.

Ketika itu, INSTUN terletak di bawah Pengurusan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK). Dengan tertubuhnya institut ini, maka tugas melatih yang dahulunya dijalankan oleh Seksyen Latihan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dikendalikan sepenuhnya oleh INSTUN.

Mulai tahun 2022, INSTUN bernaung di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). INSTUN merupakan satu-satunya institusi latihan tunggal di Malaysia yang telah diberi mandat serta tanggungjawab untuk melatih kakitangan yang terlibat dalam urusan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan.

sejarah 1

ucapan pi 1

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana tanggal 1 Mei 2023 menandakan telah tibanya waktu INSTUN untuk menyambut ulang tahun penubuhannya buat kali ke-25. Ini bermakna tahun 2023 adalah tahun Jubli Perak bagi INSTUN.

Di sini, kami berkongsi beberapa program yang kita raikan bersama. Pada tahun ini, INSTUN merancang untuk mengadakan Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Seminar, Karnival, FunRun serta kayuhan Jubli Perak sempena sambutan Jubli Perak yang melibatkan orang awam dan masyarakat setempat.

Anda juga boleh merakam video khas ucapan anda sendiri sempena Jubli Perak INSTUN dan kongsikan bersama kami. Selain itu, anda juga berpeluang untuk bersama-sama kami dengan menyumbang penulisan serta foto-foto kenangan anda di INSTUN.

INSTUN sentiasa komited dalam merangka dan menyediakan kursus-kursus yang berkesan untuk meningkatkan kecemerlangan modal insan dan organisasi dalam bidang Pentadbiran Tanah, Ukur dan Pemetaan serta memacu pembangunan Negara melalui penyediaan program pembelajaran dan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Saya di sini mengambil kesempatan ingin mengucapkan kepada selurus warga INSTUN Selamat Menyambut Ulang Tahun yang ke-25, Jubli Perak 2023.

 

#thisisINSTUN
#INSTUN25tahun
#MelakarKegemilanganMendahuluiCabaran
#19982023