Suka Artikel ini Download PDF
Latihan teknikal Ukur Kejuruteraan telah diadakan selama 5 hari bermula dari 4 November 2019 sehingga 8 November 2019 bertempat di Hotel RHR, Kajang, Selangor. Seramai 22 orang guru-guru Kolej Vokasional dari seluruh Malaysia yang mengajar subjek pembinaan kepada pelajar-pelajar sekolah Vokasional telah menyertai latihan teknikal ini. Kebanyakan guru-guru telah mempunyai latar belakang dalam bidang Kejuruteraan Awam. Namun, pengetahuan dan kemahiran yang spesifik tentang ilmu ukur dengan penggunaan alat ukur yang terkini perlu ditambah baik dari masa ke semasa bagi meningkatkan kompentensi guru-guru berkenaan. Oleh itu, tujuan latihan teknikal ini adalah diadakan untuk memberi tunjuk ajar dari segi teori ukur terabas dan ukur aras, pengendalian dan pengoperasian alat ukur terabas dan ukur aras serta tatacara kerja di lapangan ukur menggunakan alat ukur terabas dan ukur aras.
Sehubungan dengan itu, seramai 5 orang tenaga pengajar dari Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) iaitu dari Bahagian Ukur dan Pemetaan (BUP) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan topik yang diberikan dalam bidang ukur terabas dan ukur aras dan pihak INSTUN telah memenuhi kesemua silibus yang diberikan oleh pihak Kolej Vokasional.
Suka Artikel ini
Carian
- 6 years ago
- 8 years ago
- 1 month ago
- 1 month ago