Suka Artikel ini Download PDF
Tajuk : Laporan Program Penempatan Sementara Di Pdt Langkawi 2018
Ringkasan Program
Program ini merupakan program yang telah dirancang dan dilaksanakan sepenuhnya menggunakan peruntukkan ILA. Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan melibatkan isu-isu terkini berkaitan pentadbiran tanah terutama yang melibatkan pelupusan dan penguatkuasaan tanah kepada warga kerja Seksyen Pengurusan Tanah (SPT) khususnya dan Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah (BPPT) amnya.
Program ini melibatkan slot taklimat penerangan daripada pegawai di PDT Langkawi dan rujukan serta semakan fail-fail berkaitan pelupusan dan penguatkuasaan tanah. Perbincangan dan input maklumat berkaitan fail-fail dan kes-kes yang disemak telah dilaksanakan dalam konsep perbincangan dua hala diantara pegawai INSTUN bersama pegawai PDT Langkawi. Berikut adalah antara objektif pelaksanaan program ini.
ï¶ Mewujudkan satu medium untuk pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah membincangkan dan memahami dengan lebih jelas tentang undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran tanah. Melalui program ini juga, diharapkan agar semua tenaga pengajar di Bahagian ini dapat menyampaikan ilmu pengetahuan berkaitan undang-undang tanah kepada peserta dengan lebih berkesan.
ï¶ Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota Bahagian ini dalam isu-isu terkini berkaitan pentadbiran tanah sebagai persediaan dan persiapan dalam usaha menjadi Subject Matter Experts (SME) dan tenaga pengajar yang lebih berpengetahuan terutama dalam bidang pelupusan dan penguatkuasaan tanah.
ï¶ Meningkatkan pemahaman anggota Bahagian ini berkenaan undang-undang berkaitan pentadbiran tanah terutama berkaitan isu pembangunan tanah melalui perbincangan bersama Subject Matter Experts (SMEs) dan seterusnya dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut ke dalam sesi ceramah agar lebih berkesan.
Suka Artikel ini
Carian
- 6 years ago
- 8 years ago
- 1 month ago
- 1 month ago